Malaysian Wellington Postgraduate Student

GET READY, GET THRU



Assalamualakum semua berikut adalah langkah2 untuk menghadapi bencana alam.





1. SEBELUM BENCANA
  • Pastikan dokumen-dokumen peribadi disimpan 
  • Pastikan anda memiliki nombor perhubungan contact person/s kawasan kediaman anda, balai polis, hospital dan perkhidmatan ambulan berdekatan
  • Pastikan keperluan peribadi seperti bekalan makanan disediakan
  • Pastikan kit kecemasan disediakan
  • (Pastikan keperluan di atas dimasukkan di dalam satu beg dan letakkan di tempat yang mudah dicapai)
2) SEMASA BENCANA

·    Jika anda di dalam bangunan, bergerak hanya beberapa langkah ke tempat selamat (seperti di bawah meja) dan lakukan drop, cover and hold. Kekal di dalam bangunan sehingga gegaran berhenti dan anda pasti di luar selamat. 
·    Jika di dalam lif, drop, cover and hold. Bila gegaran berhenti, cuba keluar di tingkat paling hampir jika anda pasti ia selamat.
·    Jika anda di luar bangunan, bergerak menjauhkan diri beberapa langkah dari bangunan, pokok, lampu jalan dan tiang elektrik, dan kemudian drop, cover and hold.
·    Jika anda di pantai atau berdekatakan dengan laut, drop, cover and hold dan kemudian bergerak ke kawasan tinggi dengan segera.
·    Jika anda memandu, berhenti di kawasan lapang, kekal di dalam kenderaan dengan memakai tali pinggang hingga gegaran berhenti. Kemudian bergerak dengan hati-hati dan jauhi jambatan atau jalan yang rosak.
·    Jika anda di kawasan berbukit atau curam, berhati-hati dengan benda yang melayang atau tanah runtuh.

3) SELEPAS BENCANA

·    Dengar siaran radio untuk mendengar penjelasan dan nasihat dari emergency management officials of local authority.
·    Bersedia dengan kemungkinan aftershocks.
·    Lihat kecederaan yang anda alami dan rawat jika mampu. Hanya setelah merawat diri sendiri barulah anda tolong orang lain sekiranya mampu.
·    Jika berada dalam bangunan, keluar dengan menggunakan tangga.
·    Hubungi rakan terdekat (dalam konteks ini, contact persons kawasan anda) untuk melaporkan keadaan anda.
·    Telefon hanya untuk panggilan penting dan sebentar sahaja untuk mengelakkan traffic.
·    Jika anda mendapat tahu evacuation center terdekat yang dimaklumkan oleh local authority, segera pergi ke sana.
·    Jika contact person mengarahkan anda berkumpul di satu tempat tertentu, segera pergi ke sana. Jika tiada apa-apa maklumat berkaitan evacuation center, tempat paling selamat adalah di kediaman anda. Jika perlu menuju ke satu destinasi, tempat paling sesuai adalah di Suruhanjaya Tinggi Malaysia


SOP di atas adalah untuk panduan sahaja. Sila semak dengan NZ Civil Defence atau pergi ke laman web www.getthru.govt.nz  untuk maklumat lanjut.

 Terima kasih.

Categories:

Leave a Reply