Malaysian Wellington Postgraduate Student

Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

GET READY, GET THRU



Assalamualakum semua berikut adalah langkah2 untuk menghadapi bencana alam.





1. SEBELUM BENCANA
  • Pastikan dokumen-dokumen peribadi disimpan 
  • Pastikan anda memiliki nombor perhubungan contact person/s kawasan kediaman anda, balai polis, hospital dan perkhidmatan ambulan berdekatan
  • Pastikan keperluan peribadi seperti bekalan makanan disediakan
  • Pastikan kit kecemasan disediakan
  • (Pastikan keperluan di atas dimasukkan di dalam satu beg dan letakkan di tempat yang mudah dicapai)
2) SEMASA BENCANA

·    Jika anda di dalam bangunan, bergerak hanya beberapa langkah ke tempat selamat (seperti di bawah meja) dan lakukan drop, cover and hold. Kekal di dalam bangunan sehingga gegaran berhenti dan anda pasti di luar selamat. 
·    Jika di dalam lif, drop, cover and hold. Bila gegaran berhenti, cuba keluar di tingkat paling hampir jika anda pasti ia selamat.
·    Jika anda di luar bangunan, bergerak menjauhkan diri beberapa langkah dari bangunan, pokok, lampu jalan dan tiang elektrik, dan kemudian drop, cover and hold.
·    Jika anda di pantai atau berdekatakan dengan laut, drop, cover and hold dan kemudian bergerak ke kawasan tinggi dengan segera.
·    Jika anda memandu, berhenti di kawasan lapang, kekal di dalam kenderaan dengan memakai tali pinggang hingga gegaran berhenti. Kemudian bergerak dengan hati-hati dan jauhi jambatan atau jalan yang rosak.
·    Jika anda di kawasan berbukit atau curam, berhati-hati dengan benda yang melayang atau tanah runtuh.

3) SELEPAS BENCANA

·    Dengar siaran radio untuk mendengar penjelasan dan nasihat dari emergency management officials of local authority.
·    Bersedia dengan kemungkinan aftershocks.
·    Lihat kecederaan yang anda alami dan rawat jika mampu. Hanya setelah merawat diri sendiri barulah anda tolong orang lain sekiranya mampu.
·    Jika berada dalam bangunan, keluar dengan menggunakan tangga.
·    Hubungi rakan terdekat (dalam konteks ini, contact persons kawasan anda) untuk melaporkan keadaan anda.
·    Telefon hanya untuk panggilan penting dan sebentar sahaja untuk mengelakkan traffic.
·    Jika anda mendapat tahu evacuation center terdekat yang dimaklumkan oleh local authority, segera pergi ke sana.
·    Jika contact person mengarahkan anda berkumpul di satu tempat tertentu, segera pergi ke sana. Jika tiada apa-apa maklumat berkaitan evacuation center, tempat paling selamat adalah di kediaman anda. Jika perlu menuju ke satu destinasi, tempat paling sesuai adalah di Suruhanjaya Tinggi Malaysia


SOP di atas adalah untuk panduan sahaja. Sila semak dengan NZ Civil Defence atau pergi ke laman web www.getthru.govt.nz  untuk maklumat lanjut.

 Terima kasih.

Read More …

Alhamdullilah pada 9 Jan 2012, Pn Arifatul Husna (Ari) telah selamat melahirkan anak perempuan pada 12.50 am. Dan ada 15 Jan 2012 telah diadakan majlis kesyukuran sempena kelahiran Amni Maisarah.Tahniah buat Kak Ari dan Abg Maleq. Semoga Amni Maisarah menjadi anak yang solehah dan membawa keceriaan buat mereka sekeluarga. Amin insyaallah.
Read More …

Satu perjumpaan bersama  pelajar2 postgrad Malaysia dan KSU Kem Pengajian Tinggi (KPT), Y.Bhg. Datuk Ab. Rahim Bin Md. Noor anjuran MSD telah diadakan pada

Venue: Marrakech Cafe
Date: 12 Dec 2012, Monday
Time: 6pm
Read More …

Venue: Rimutaka Forest Park, Wainuiomata
Date: 26 Nov 2011, Saturday
Time: 12




 

Read More …

testing
Read More …

Salam,

Welly PostGrads telah menganjurkan acara berpiknik di Botanical Garden pada 7 Mac 2009. Hampir kesemua pelajar Post Grad bersama keluarga hadir ke acara ini. Bukan saja Post grad yang datang but acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran para sahabat dari HighComm iaitu Encik Adi dan isteri, Zaza dan juga Cik Ayuni Zainal yang merupakan pegawai baru Highcomm. Acara berpiknik ni bertujuan untuk meraikan sahabat baru Post Grad yang baru sampai di bumi Welly ni iaitu saudara Shahrizal dan Izah serta 2 org anak dan saudara Moorthy dan siteri Shaila bersama seorang anak lelaki beliau. Yang datang untuk belajar ialah saudara Shahrizal dalam Master in Education dan saudari Shaila yang membuat Phd(education) di VUW. Di kesempatan ini, kami turut berkenalan dengan pegawai baru Highcomm iaitu Cik Ayuni.

Selain untuk meraikan sahabat2 baru ni, acara ini juga bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara sahabat2 di sini. Maklumle masing-masing sibuk dengan kehidupan dan pengajian masing2, so time macam ni le baru dapat nak berjumpa dan bertanya khabar. Dan seperti biasa kalau acara berkumpul sebegini, mestilah acara makan-makan. But selalunya makan tak puas disebabkan busy berbual dengan kawan-kawan...hihi. Antara juadah yang dibawa pada hari tersebut ialah nasi lemak, nasi putih, mee goreng, meehoon,ikan bakar, pajeri nenas,daging masak kicap, lasagna dll(x ingat)...memang meriah.

Yang paling seronok tentunya anak-anak sebab dapat bermain dengan kawan-kawan dan bebas berlari2 di sekeliling padang. But nampak gayanya bukan anak-anak je, para bapa juga ada aktiviti tersendiri bermain di tengah padang.Para suami pun ada acara jugak..acara baling-baling bola.

Majlis dimulakan dengan sesi ucapan aluan or Mr.Presiden Post Gard iaitu saudara Khairul. Syabas untuk beliau kerana walaupun baik sembuh dari demam dan isteri pula still demam di rumah, but masih memberikan komitmen yang tinggi pada acara ni.





Read More …