Salam ikan.
Kemunculan Mackerel
Sebelum ini diberitakan bahawa mackerel hanya dapat dipancing di sebelah malam, tapi sejak akhir2 ini mackerel telah muncul pada petang hari. Encik J dan Encik Sm telah berjaya naikkan mackerel dari laut sekitar welly. Mackerel ala-ala ikan jacket (cencaru) dan sangat sedap dibuat ikan sumbat belakang. Burp! Sorry sendawa baru lepas makan ikan mackerel belah belakang..
Misteri Trevally
Setelah Encik Sf dihimpit misteri trevallynya hilang di Evan Bay, Encik J juga dilanda misteri kehilangan Trevally. Semalam Encik J menaikkan trevally ketiganya dan yang paling besar menjelang senja. Sepatutnya beliau mengemaskan jorannya, tetapi semangat memburu ‘ikan terakhir’ berkobar-kobar. Setelah mendapat ikan terakhir beliau pulang ke rumah dan ketika menuang ikan ke dalam sinki didapati Trevally terbesarnya hilang. Encik Z dan Encik Sm ketika dihubungi juga agak kehairanan kerana ikan tersebut dimasukkan ke dalam bekas sebaik sahaja dilepaskan dari mata pancing. Ke manakah menghilangnya Trevally tersebut? Adakah ianya trevally jelmaan? Jangan biarkan diri anda terus diselubungi…. Misterii..
Lokasi Memancing hari ini belakang NIWA, Hataitai (Evan Bay). Best time fishing : 6pm – 8pm (mengikut kalender tajul ikan)
En. J
Shabasss to all of you.
Kalau ikut cakap nujum hari ini lebih banyak ikan daripada semalam, kalau nak memancing cuba dalam pukul 5pm tapi jangan lupa asar.
Niklin
salam
yeaa,,,,,,,,,dimanakah menghilang trevally .............adakah telah masuk kedlm jaring penyelam paua..atau dimakan gurnard? misteri 999.
En.Sf
HMMMM....sehari selepas kehilangan trevally En M.........En SF ada berborak dgn en SM and en Z.....En SM cakap dia baru makan ikan trevally bah ekor masak kicap...en Z pula ckp baru mkn Trevally bah kepala masak kari...adakah misteri terbongkar...?heheheehe.
Sebenarnya sy rasa Trevally tersebut telah merangkak perlahan2 dan terjun balik semula kelaut.
EN.Sf