5 Februari 2009
Petang semalam peninjau joran mendapati suasana di Seatoun Wharf tidak menggalakkan untuk para penjoran melemparkan joran masing2 kerana ramai penerjun bebas beraksi di situ. Skuad joran kemudian bertenggek di lokasi baru belakang NIWA, Hataitai. Penjoran hari ini terdiri daripada Encik Sf, Encik Sm, Encik J dan Encik Nz. Encik A singgah sebentar sebelum menyambung tugasnya di I Kid. Kelihatan tangannya agak menggeletar apatah lagi bila melihat ada rakan yang mendaratkan Gurnard besar yang seringkali dilihat hanya meragut umpan pemancing professional.
Walaupun masing2 melaburkan ladung dan mata kail di dasar laut, namun lokasi tersebut tidak mengecewakan. Spotty memang banyak didaratkan, tetapi masing2 membuat catch n release bagi jenama spotty. Ikan lain yang berjaya dinaikkan di sini adalah Kahawai, Trevally, Blue Kod, Gurnard dan Mackerel.
Encik Sf agak malang apabila trevally yang saiznya agak besar telah singgah di rumpai tepi laut, dan ketika penyelam paua membantu melepaskan kail, ikan tersebut tidak kelihatan lagi (adakah masuk ke dalam bakul penyelam paua tersebut, ataupun beliau bertindak menyelamatkan trevally itu - misteri terus menyelubungi Encik Sf)
Lubang hidung Encik Sm mengembang paling besar petang ini apabila beliau berjaya menewaskan Gurnard yang paling besar pernah didaratkan oleh skuad joran, dan agak bernasib baik kerana talinya terputus hanya setelah ikan berada di darat. Tak sia2 beliau melabur untuk joran Daiwa 8' nya. Encik Sf pula kelihatan merungut2 dengan kekili Shimanonya, adakah beliau akan mendapatkan kekili atau joran baru pada Waitangi Day sales hari ini? Sama2 lah kita tunggu, tapi yang agak pasti Encik A akan beraksi petang nanti dengan Abu Garcia 10'nya.(harap2 ada lagi kat wharehouse).
Sesiapa yang ingin menyertai sesi memancing petang ini boleh pergi ke belakang NIWA, Hataitai (dekat Maracesh) antara pukul 6.30pm - 8.30pm.

Categories:
Buletin Joran