SAIZ IKAN YANG BOLEH DIPANCING
Kebanyakan orang Asia gemar memakan ikan bersaiz kecil seperti ikan kembung. Orang barat biasanya memilih ikan yang besar kerana mereka hanya makan fillet ikan. Ikan kecil memang sedap dimakan dan menjadi pilihan pemancing berketurunan Asia, tetapi harus hati-hati kerana undang-undang perikanan di NZ agak ketat dan pegawai perikanan sentiasa membuat pemeriksaan mengejut terhadap kaki-kaki pancing, penangkap ikan, pemungut siput (mussels) dan juga penyelam paua.
Bagi para penjoran Malaysia diingatkan bahawa beberapa jenis ikan mempunyai legal size iaitu saiz minima yang boleh di ambil seperti berikut :
blue cod - 33cm, red cod - 25cm, red gurnard - 25cm, snapper - 27cm, tarakihi - 25cm, trevally - 25cm dan sand flounder - 23 cm. (sekadar menyebut beberapa jenis ikan yang biasa ditangkap untuk joran tepi pantai ata wharf. Manakala ikan-ikan popular lain seperti kahawai, herring, pilchard dan spotty tidak ada legal size. Maksima kuantiti bagi kombinasi ikan-ikan yang boleh diambil (kecuali spotty) adalah 20 ekor sehari. Denda bagi setiap ekor yang ditangkap di bawah saiz adalah NZD300.
Bagi peminat ketam dan mussels tidak ada saiz minima tetapi kuantiti maksima adalah 50 sahaja. Maklumat lanjut boleh lawati website Jabatan Perikanan NZ di sini.
Red Cod dan Red Gurnard : saiz ikan yang tak perlu diragui lagi
paua : saiz minima 12.5cm dan maksima 10 ekor sahaja
Kalau memancing bersama2 dengan warga NZ eloklah kita selang seli antara ambil dan lepaskan kembali bagi ikan2 tersebut.. (masa nak lepaskan ke laut tu biar lah dia nampak sikit. hehe) Bagi ikan spotty tak kisah kalau nak belasah cukup2 sebabnya ikan tersebut sangat banyak tanpa mengira musim dan tidak digemari oleh orang sini. (isinya seperti ikan kerisi tapi sedikit tawar, tetapi pada musim sejuk isi ikan spotty ini agak manis).
KALENDAR MEMANCING
Di mana ada air, di situ ada ikan. Rezeki ada di mana-mana. Namun sebagai panduan kepada mereka yang ingin memancing, waktu yang baik untuk memancing adalah 2 jam selepas air surut berhenti (low tide) iaitu ketika air mula pasang kembali. Keadaan laut yang terlalu bergelora juga tidak sesuai untuk memancing, oleh itu kelajuan angin yang bertiup perlu juga di ambil kira. Kadang-kadang kalendar memancing boleh membantu anda untuk menduga laut kerana ia mengambil kira kedudukan bulan dan juga air pasang surut. Anda boleh lihat kalendar memancing di sini.

Categories:
Buletin Joran