GP JORAN JADI SEPI JORAN
Seaview. 31 Januari 2009
GP Joran bertukar menjadi Sepi Joran kerana tidak ramai yang hadir. Juara bertahan juga Encik Ali juga tidak hadir berikutan joran Jervoisnya yang jamn akibat cubaan menaikkan ikan yang besar dua hari sebelum GP Joran dijadualkan (beliau dalam proses mendapatkan joran Abu Garcia – selaras dengan peningkatan tahap memancing beliau). Walaupun sepi para pemancing tetap gembira dapat menaikkan beberapa ekor ikan. Paling awal dapat ikan adalah Nik dan Fatma, belum sempat turun ke Wharf dah dapat 2 ekor ikan yang besar iaitu baby shark dan elephant fish. Ikan tersebut dihulurkan oleh pemancing/pemukat yang sudah nak balik. Mungkin ramai tak dapat hadir disebabkan oleh perancangan GP Joran yang agak bidan terjun dan masing2 sudah terkomited dengan lain2 aktiviti yang telah dirancang terdahulu. Antara yang hadir adalah Niklen, Nik dan Fatma, Sam dan Ueya, Pyan dan Nita, Nizam dan isteri serta Madi.
Tiada sebarang keputusan rasmi sebab hakim Encik Sufian pulang awal untuk mengunjungi Briscoes (beliau bercadang untuk membuka cawangan Briscoes di Kuantan). Tidak pasti siapa yang mendaratkan ikan terawal sama ada Encik Niklen (Herring) atau Encik Sam (Trevally), tetapi ikan terbesar dinaikkan oleh Encik Nizam (Kahawai). Ueya dan Fatma juga tidak ketinggalan menaikkan ikan masing2. Antara jenis ikan yang didaratkan adalah Spotty, Kahawai, Trevally, Herring dan Ghost Fish. Paling mahal adalah dapat memancing bersama Sifu Niklen yang tak henti2 menurunkan ilmu dan memberikan panduan berkenaan dengan teknik memancing dan mengendalikan joran.
Wartawan Tamban Masin melaporkan dari Seaview