Salam ikan,
Ramai bertanya adakah aktiviti memancing sudah stop kerana wartawan ikan jarang mengeluarkan berita2 terkini. Untuk pengetahuan semua aktiviti bertenggek tepi laut tidak pernah berhenti, Cuma bilangan pahlawan joran semakin berkurang.. Hanya tinggal pemancing tegar sahaja yang tak serik2 memancing, malahan boleh dikatakan hari2. Kalau tidak mereka akan mengalami sejenis demam yang dikenali sebagai “Geletag Ikan”, dan tangan akan menggigil-gigil. Tak ada muka lain lagi di tepian laut sama ada pagi atau petang iaitu Encik Sf, Encik Sm, Encik A dan Encik J. Encik Nkl mungkin di sekitar Seaview yang jauh dari jangkauan mata wartawan joran. Ikan2 terus didaratkan dari spesis Kahawai, Blue Cod, Herring dan ikan popular Spotty. Mata kail dan ladung juga sudah banyak ditinggalkan di dasar laut. Encik Pete (pemilik kedai Fishing di Lyall Bay) akan tersengih girang bila pemancing2 tegar ini mengunjungi kedai beliau. BILA LAGI KITA NAK BUAT GP JORAN?