Malaysian Wellington Postgraduate Student

Seatoun. 28 Januari 2009.

Sesi memancing bermula lembab dengan tarikan oleh ikan popular iaitu spotty. Lewat petang barulah joran2 pemancing tegar melentur2 dengan pelbagai jenis ikan. Diringkaskan berita (sb dah ngantuk), Encik A mendaratkan ikan jenis Kahawai, Snapper, Gurnard, Trevally dan Spotty. Encik Sf mendaratkan ikan jenis Kahawai, Trevally dan Spotty. Encik Sm mendaratkan ikan Kahawai, Blue Kod dan Spotty. Manakala Encik J dan Puan M mendaratkan ikan jenis Kahawai, Tarakihi (Puan M handle joran) dan Spotty. Paling banyak mungkin Encik A sebab tak sempat nak kira dan tak terkira sb dah malam. Sebelum bergerak pulang seringkali terdengar janji2 oleh para pemancing yang dipanggil sebagai “Janji Diana” . Biasanya berbunyi begini, “ kalau dapat last dah nak balik” tapi bila dah dapat ada Janji Diana 2 pula “Dapat besar sikit balik lah..” Begitulah adanya.

Categories:

Leave a Reply