Credit kepada blog http://khairul-adibah.blogspot.com untuk ‘list’ persiapan dan tips yang berguna ini.
TIPS DAN PANDUAN KE BUMI NZ
Panduan kepada para sahabat yang berhajat dan bakal datang ke bumi New Zealand , khususnya Wellington. Semoga beberapa tips dan panduan ini dapat dijadikan panduan untuk persediaan sebelum , semasa dan selepas berangkat ke bumi NZ ini.BARANG-BARANG YANG PENTING UNTUK DIBAWA
•Dokumen penting : Dokumen Terjemahan Lesen Memandu Malaysia, International Driving Permit, No Claim Insurance Letter, kad Imunisasi anak, dan dokumen penting lain.
Nota : Pastikan semua anak-anak yang akan bersekolah/tadika dalam tempoh akan datang memiliki student visa sementara pasangan pula (working visa).
•Barang elektronik - Komputer Riba dan handphone
•Kitab Al-Quran, CD/MP3, Terjemahan, Surah Yassin, Iqra’, buku rujukan Fekah, sejadah dan lain-lain, semuanya tiada dijual di sini.
•Cermin mata extra. Beli lah juga International Adapter- untuk barang elektrik. Dekat sini ada di jual , tapi agak limited. Hargannya lebih kurang NZ$ 10.00 setiap satu. Kalau banyak bawa pekakas elektrik dari Malaysia, bawa sekali dia extension cable.
BARANG YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN UNTUK DIBAWADisini banyak terdapat kedai-kedai yang menjual rempah ratus makanan Asia. Majoriti rempah ratus yang sering digunakan dalam masakan Melayu ada dijual disini bahkan daun pisang, durian dan roti canai segera juga ada dijual di sini. Walaubagaimanapun ada beberapa barangan yang kualitinya agak kurang memuaskan/tidak menepati selera kita. Maka jika saudara mempunyai ruang lebih atau berniat untuk mengepos barang ke sini, berikut adalah barangan yang boleh dipertimbangkan untuk dimasukkan bersama:-
Makanan
•Kicap•Ikan bilis
•Udang kering
•Keropok Ikan/Sotong/Sayur
•Kiub Pati Ayam (di sini agak sukar mencari kiub yang Halal kerana kebanyakan diimport dari Filipina, Thailand atau Vietnam)
Ubat -ubatan
•Minyak panas•Minyak Gamat
•Pil Che Ke Tech Aun (sakit perut)
Barangan Anak
•Lampin Pakai Buang (ada dijual di sini tetapi harganya agak mahal)
•Stok Botol Susu dan Puting Botol Susu (di sini barangan ini sangat-sangat mahal)
MAKLUMAT TENTANG BARANG KEPERLUAN LAIN
•Barangan elektrik ada dijual di sini dengan harga berpatutan (boleh beli di sini jika ruang untuk membawanya agak terhad)
•Pakaian dan seluar tebal : Bagi mereka yang tidak kisah untuk membeli pakain terpakai, maka pakaian tersebut boleh di dapati di kedai2 terpakai di sini. Untuk makluman, kualiti pakaian terpakai di sini amat baik. Jika anda sampai di musim panas atau luruh, maka pakaian sedemikian boleh didapati dengan harga yang murah. Walau bagaimanapun setiap ahli keluarga dinasihatkan mempunyai sekurang-kurangnya satu baju panas di bawa bersama.•Kemeja & Kot, elok beli kat Malaysia sebab lebih cantik & berkualiti.
•Kasut: di sini kasut boleh dikatakan agak murah. Disamping itu, pilihan corak juga lebih variasi. (tidak termasuk kasut bertutup wanita)•Boleh buka akaun bank New Zealand dari Malaysia. Mohon secara online. cth National Bank of New Zealand, Bank of New Zealand, ANZ Bank, Kiwi Bank, Westpac Bank. Lepas tu gunakan maybank2u.com untuk transfer semua duit tu ke new Zealand. Untuk transfer duit pada bulan-bulan berikutnya, Jangan lupa anda perlukan nombor TAC. Apa yang perlu dibuat ialah tukar no telefon (untuk TAC) di Kad ATM kepada keluarga di Malaysia supaya mereka boleh forwardkan nombot TAC kepada anda.Bila sampai di New Zealand boleh aktifkan akaun tersebut dan buat Kad ATM. Jadi masa pergi tu tak payahah bawak 1 bakul duit.
•Selain tu boleh masukkan duit tu kedalam credit card untuk berbelanja (selamat dan murah). Jangan lupa untuk hubungi ‘credit card customer service’ untuk aftifkan kat anda bagi tujuan kegunaan di luar negara.
•Di sini jualan murah (Sale) memang ada setiap minggu. Tapi yang paling murah ialah Disember dan Julai (Winter punya clearance).
•Kalau nak bawa barang banyak sangat. Boleh pos dari Malaysia. Gunakan ’sea mail. Caj lebih kurang RM 90.00 bagi setiap kotak yang beratnya 20 kg. Tapi dua-tiga bulan baru sampai.
•Berkaitan dengan Imunisasi anak: percuma
•Kos penjagaan anak-anak: lebih kurang NZ$5.00 sejam
•Kereta: sangat murah. Kalau ada anak 4 atau lebih. Tak boleh gunakan kereta. Kena beli MPV, Van atau kenderaan yang lebih besar. Semua orang termasuk kanak-kanak mesti ada tempat duduk sendiri. Kanak-kanak berumur kurang 5 tahun mesti gunakan car seat atau booster. (rujuk website NZ Land and Transport Department). Denda NZ$200 bagi setiap kanak-kanak yang tak pakai seat belt dan/atau car sear/booster.•Kos penjagaan anak-anak: lebih kurang NZ$5.00 sejam
•Sekolah untuk anak-anak pelajar pasca siswazah adalah percuma. (sila rujuk NZ Trade & Enterprise) Tetapi ada donation kena bayar. Bergantung kepada decile rating sekolah. Kalau decile rating tinggi, sekolah dapat budget sedikit, jadi donation mahal, dan anak-anak selalu ada aktivit untuk ‘fundraising’ (contohnya, jual Coklat, sosej, pokok krismas, gambar, kutipan support naik basikal, cuci kereta dan seribu satu idea lagi untuk dapatkan duit). Bagi kindergarten dapat 20 jam ECE percuma. Untuk anak-anak yang dah pergi High School dan Intermediate School kena belanja banyak sedikit untuk uniform sekolah mereka.
•Mencari rumah sewa di Wellington ialah suatu tugas yang sangat mencabar. Sangat susah nak dapat sebab penawaran terhad. Permintaan sangat tinggi. Tambah kita ini orang mendatang. Untuk mencari rumah sewa pilihan idaman anda, boleh cuba lihat di trademe.co.nz atau mana-mana property agent seperti gilliesgroup, homeads, Quinovic, jhooker dll. Untuk pengetahuan, sewa rumah rakan-rakan di sini adalah lingkungan NZ$ 300 hingga NZ$ 370 seminggu (belum masuk elektrik dan gas). Masing-masing sewa rumah yang sangat kecil. Tetapi kalau anda bujang tiada masalah, tinggal sahaja di university accomodation…
•Berkaitan dengan belanjawan, kalau hanya bergantung kepada biasiswa sahaja, memang tidak mencukupi. Jadi kena hantar semua gaji ke New Zealand. Sebagai panduan, belanja minimum adalah seperti berikut: (1) sewa rumah NZ$300-350/week; (2) Gas & Elektrik NZ$ 150/month; (3) Travelling NZ$200/month (Untuk dua orang gunakan public transport); (4) Petrol (NZ$2.10/liter); (5) Parking NZ$4.00/hour; (6) Makanan mentah NZ150/week (7) Telefon rumah dan Internet NZ$80/month; (8) Handphone NZ$20/month (tak pakai sangat)
PENTING
•Jangan Bawa barang tenusu dan daging. Selain itu jangan bawa sebarang cecair di dalam hand luggage. (rujuk website Biosecurity ini untuk lebih lanjut). Jika anda mempunyai anak yang menyusu susu formula, sila beli susu keluaran New Zealand. InsyaAllah akan memudahkan proses biosecurity check di lapangan terbang.
•Declare semua barang makanan yang di bawa semasa si Bio-Security, Auckland International Airport. Denda NZ$200 kalau gagal declare. (lebih lanjut, click website ini.)
RUJUKAN (USEFUL LINKS)
•Warehouse (ala-ala Jaya Jusco)•Farmers (ala-ala MetroJaya)
•Dick Smith Electronics (jual semua barang elektronik)
•Harvey Norman (jual perabut, komputer, barang elektronik)
•trademe (beli, jual barang secara online - kereta, rumah, baju dll)
•NZ Immigration
•Land Transport
•NZ Biosecurity
•NZ School Education
•Property Agents (gilliesgroup, homeads, Quinovic, ljhooker)
•Victora University Accomodation
•Malaysian Students Department, Wellington, NZ
•Federation of Islamic Associations New Zealand (FIANZ)
•National Bank of New Zealand
•Bank of New Zealand
•ANZ Bank
•Kiwi Bank
•Westpac Bank
Sentiasalah memohon kepada Allah swt agar memudahkan perjalanan anda dan keluarga. Bukankah Allah swt yang mengaturkan perjalanan manusia di muka bumi ini dan Dia juga mengaturkan perjalanan siang dan malam. … “Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkau jua kami memohon pertolongan”.
Categories:
TIPS
salam...saya nk tanye sket..saya ingin melanjutkn pelajaran peringkat phd di NZ..saya sudah berkahwin tp belum mempunyai anak..sekiranya saya mengandung dan bersalin di sana, adakah kerajaan NZ akan membenarkannya @ mereka akan menarik student visa saya? bagaimana pula kos bersalin di sana? health insurance cover x?
saya juga punya kemusykilan seperti Nadi Kawaii...
Untuk makluman, kalu ikut rules kat nz, student visa holder boleh bersalin kat sini, tapi kena bayar kos jumpa midwife & bersalin ( NZD5000++). Tapi kalau husband kita ada work visa for more than 2 years, kita entitled public healthcare atas dasar 'spouse to the work visa holder', maknanya semua kos jatuh FREE. Health insurance memang x cover kes bersalin normal, kecuali ada complication masa mengandung.
Info yang sangat membantu.
salam.tumpang tanya.kalau saya bawak produk brahims yang ready to eat tapi ade boneless chicken agak2 lepas tak dekat imigresen ? kalau saya declare tapi barang tu dirampas tak kena denda kan?terima kasih
Assalamualaikum...ada ke visa utk ibu yg nk ikut anak belajar ke NZ ni? Tksh
Assalamualaikum...ada ke visa utk ibu yg nk ikut anak belajar ke NZ ni? Tksh